background

AGEN BERDAFTAR BSN

MILA HOMESTAY telah mengorak selangkah lagi untuk kemudahan para penghuni Mila Homestay terutamanya MILA HOSTEL.Kini MILA HOMESTAY telah dianugerahkan menjadi agen berdaftar kepada perbankan tanpa cawangan Bank Simpanan Nasional. Dengan ini para penghuni MILA HOMESTAY tidak mempunyai masalah untuk keluarkan duit dari akaun Bank Simpanan Nasional mereka.Untuk pengeluaran tunai (maksima RM500) anda perlu sediakan mykad dan kad ATM BSN anda sahaja.


Gambar di atas menunjukkan Puan Noliah di hadapan kedainya (MILA HOSTEL)
Setiap premis Agen Berdaftar Perbankan Tanpa Cawangan Bank Simpanan Nasional akan terdapat signboard Bank Simpanan Nasional (yang berwarna biru itu)


Di dalam premis pula akan kelihatan Sijil Anugerah Perlantikan Sebagai Agen Berdaftar seperti di atas.



Gambar di atas menyaksikan Puan Noliah sedang membuat urusniaga dengan menggunakan mesin pos terminal yang dibekalkan oleh Bank Simpanan Nasional.


Bukti bagi setiap urusniaga yang telah berjaya dilaksanakan ,mesin pos terminal akan  menghasilkan dua (2) resit iaitu Customer Copy dan Agent Copy seperti gambar yang tertera di atas. Dengn ini tiada apa yang perlu diragukan oleh setiap pelanggan. Segala proses dibuat dan dikemaskini secara real time access.

Berikut Adalah Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Perbankan Tanpa Cawangan BSN.
SIMPANAN TUNAI
PENGELUARAN TUNAI
PEMBAYARAN BIL
PEMBELIAN SSP(eSSP)
PEMBAYARAN TANPA TUNAI

Silalah berurusan dengan Puan Noliah di Mila Hostel 
Dibuka Setiap Hari     Masa: 12.00 tengahari-8.00malam